20.02.14: ALL THE THINGS THAT YOU DO


2014 - Day Fifty One

~Look at the stars, look how they shine for you, and everything you do, yeah they were all yellow, I came along, I wrote a song for you, and the things you do, and it was called yellow, so then I took my turn, oh what a thing to have done, and it was all yellow.... la la la......look at the stars, look how they shine for you, and all the things that you do~
Yellow - Coldplay

Saya rasa lah kan sejak saya kuar dari sekolah dewasa tu saya dah berjaya dewasa laaa jugak dalam hal berkenaan Abe Tiji tu

Yelah, hampir dua tahun saya tinggalkan dia

Sekarang semua feeling-feeling yang pernah ada tu tinggal saki-baki je

Tak tahu dia dah rujuk semula ngan ex-wife dia ke, or dah jumpa awek lain ke, or even dah kawen ke, manalah saya tahu dan tak berapa berasa nak tahu sangat

Tapi dia tetaplah macam tu

Main tarik tali layang-layang, kejap lepas kejap tarik

Lepas saya balik belajar tu, dia mintak fon no saya

Call saya pada waktu yang salah, bila saya tak pick up dua kali tu, dia terus senyap jer

Merajuk ker, tarik diri ke, entah laaa

Sebab bila jumpa di alam nyata dia akan tegur macam biasa seolah takde apa yang berlaku

Ada satu kali tu pulak, kat kedai makan boleh pulak buat sedih tanya kenapa saya tak mesej dia

Pastu bergurau manja pulak suruh saya basuhkan tangan dia

Adoyaiiiiiii

Masa tu saya gerammmmm sangat nak hempok dia dengan cawan sebab dia kan lelaki gentlemanlah sikit

Kalau nak ngorat, ngorat je lah

Kalau nak kawan biasa, kawan biasa je lah

Kita bukannya budak sekolah rendah lagi

Kita dah dewasa

Professional lah sikit, dewasalah sikit  

Tak tahu lah saya ni kenapa

Walaupun saya rasa saya dah tak feeling kat dia tapi all the things that he did and didn't do memang buat saya geram jugak akhirnya

Pagi ni waktu saya baru kuar dari jijah dengan membondong barang-barang yang saya bawak ke site semalam, dia datang dekat

Peta topo yang saya kendong tu jadi mukaddimah dia tegur saya

Pastu jalan bersama sambil mengadu kat saya hal beban kerja sebab kat pejabat dia tak cukup staf

Saya tak berani pandang muka dia pun, saya cuma pandang jari dia yang buat aksi membilang tu

Katanya nak makan pun tak sempat sekarang ni

Kata saya "Kalu tokdae nok make, baik awok poso jah"
[mafhumnya: alang-alang tak sempat nak makan, kan baik puasa je]

*kweng* *kweng* *kweng*
TOINK!!
Harus laaa dia rejek saya sebab jawapan saya yang tak menunjukkan sifat-sifat wanita idaman hati yang menenangkan jiwa kan?

* * *

motivasi untuk saya

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
~Al-Baqarah; 216~